Wednesday, September 9, 2009

Keputusan Mesyuarat Kali Pertama Sesi 2009-2011 PASTI seluruh Negeri Selangor

Berikut adalah senarai keputusan di dalam mesyuarat tersebut:-

1. Minimum hutang kawasan-kawasan untuk mengambil kertas peperiksaan dan tempahan alatan PASTI 2010 ialah RM 1000 (Ringgit Malaysia seribu Sahaja).

2. Cuti peristiwa PASTI-PASTI seluruh negeri selangor selain yang ditetapkan mengikut Kalender persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Hari Pelepasan Persekutuan dan Negeri-negeri di Malaysia, adalah 1Ramadhan bermula pada tahun 2010.

3. Cuti sekolah semperna Hari Raya Aidilfitri adalah pada 18 September 2009(Jumaat)-27 September 2009(Ahad). Persekolahan bermula seperti biasa pada 28 September 2009.

4. Tarikh tempahan fasa Pertama : 1Ogos-15 September 2009.Tambahan tempahan fasa pertama : 16September-31Oktober 2009. Berserta deposit 30% daripda tempahan.

5. Bulan November merupakan hari penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar PASTI Kawasan. Nama rasminya Majlis Kecemerlangan Pelajar PASTI Kawasan.

Tuesday, July 21, 2009

Penangguhan Sambutan Hari Guru & Hari Keluarga PASTI Kawasan Selayang 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan PASTI dengan ini mengumumkan bahawa Sambutan Hari Guru & Hari Keluarga PASTI Kawasan Selayang 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2009 (Ahad) ini terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Penangguhan ini adalah disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih.

Daripada Pengerusi PASTI Kawasan Selayang
Ahmad Zahiri Bin Zahid Sofian

Monday, July 6, 2009

Aktiviti PASTI Kawasan Selayang Julai - Ogos 2009

Berikut adalah aktiviti bagi bulan Julai - Ogos 2009 ini:-

1) Hari Guru & Hari Keluarga PASTI Kawasan Selayang 2009

Tarikh : 26 Julai 2009
Hari : Ahad
Tempat : Akan diberitahu kemudian
Masa : Bermula jam 9.00 malam
Penyertaan : Semua Pengurus & Guru PASTI Kawasan Selayang dijemput hadir

2) Amal Islami Peringkat Kawasan Selayang

Tarikh : 1 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Sekolah Rendah Agama Selayang Pandang
Masa : Bermula jam 8.00 pagi
Penyertaan : Semua PASTI diwajibkan menghantar wakil
Acara yang dipertandingkan:-
- Nasyid
- Bercerita (Lelaki & Perempuan)
- Hafazan (Lelaki & Perempuan)
- Khutbah (Lelaki)
- Pidato (Perempuan)
- Sajak (Lelaki & Perempuan)
- Azan (Lelaki)

Thursday, July 2, 2009

Senarai PASTI Kawasan Selayang

1) PASTI Al-Munirah (Kuang) - Pengurus (Dr. Abd Majid Bin Hassan)
2) PASTI Al-Azhar (Bandar Country Homes) - Pengurus (En Azalil)
3) PASTI An-Nuur (Sri Kundang) - Pengurus (Ustaz Hisyamuddin)
4) PASTI Ar-Raudhah (BBS 2A) - Pengurus (Hj Jamaluddin)
5) PASTI At-Tawheed (Kg Selayang Baru) - Pengurus (En Wan Zulkifli)
6) PASTI Al-Ameen (Selayang Pandang) - Pengurus (Hj Bakri)
7) PASTI Ummu Aiman (Taman Bidara) - Pengurus (Hj Hamiri)
8) PASTI Abqari Kid 1 (Tasik Puteri) - Pengurus (En Adnan Bin Mahmood)
9) PASTI Abqari Kid 2 (Taman Garing Rawang) - Pengurus (Ustaz Fauzan)